Saturday, July 28, 2007
Majlis Daerah Ketereh, Kuala Krai dapat YDP baru
Ketua Jajahan Kota Bharu, Tuan Haji Ismail Ghani dan Ketua Jajahan Kuala Krai Tuan Haji Ismail Samah hadir di pejabat Exco kira-kira jam 8.30 pagi dan menghadiri majlis ringkas yang disaksikan Ketua Penolong Setiausaha (Kerajaan Tempatan) Encik Ahmad Robert.
Dato' Haji Takiyuddin yang ditemui selepas upacara tersebut berharap mereka berdua dapat membantu kerajaan dalam meningkatkan lagi perkhidmatan kepada rakyat.
"Pertumbuhan pesat di peringkat majlis daerah memerlukan pengurusan yang lebih cekap dan berkesan dan saya yakin pimpinan pentadbiran peringkat berkenaan memiliki keupayaan untuk menghadapinya," kata beliau.
Friday, July 27, 2007
Tengku Mahkota mahu pemulihan mangsa kebakaran disegerakan
Baginda berkata kemalangan yang melibatkan kehilangan hartabenda dan tempat kediaman seperti itu perlu dipulihkan seberapa cepat supaya ahli keluarga yang turut melibatkan orang-orang tua dan kanak-kanak sekolah dapat kembali menjalankan tugas masing-masing seperti asal.
Diiringi Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Takiyuddin Hassan, Ketua Jajahan Kota Bharu, Ismail Ghani dan ADUN Tanjong Mas, Puan Rohani Ibrahim baginda mengambil masa hampir dua jam melawat kawasan kejadian dan beramah mesra dengan mangsa-mangsa terbabit.
Dalam kejadian minggu lalu empat buah rumah terbakar hangus dalam kejadian yang berlaku selepas waktu zohor.
Pemilik-pemilik rumah berkenaan, Yusof Salleh, 75, Mohd Zain Din, 62, Ali Ismail, 56 dan Zaharah Bidin, 60 berkata mereka tidak sempat menyelamatkan sesuatu pun dalam kemalangan itu.
Bagaimanapun mereka amat bersyukur kerana tidak berlaku kemalangan jiwa dalam kejadian itu walupun salah seorang dari pemilik rumah (Ali) lumpuh kerana diserang strok beberapa tahun lalu.
Kebakaran berpunca daripada rumah Yusuf apabila api mancis yang dinyalakan oleh dua cucu-cucunya berumur dua dan tiga tahun menyambar tilam kemudian api terus marak ke seluruh bahagian rumah dengan cepat.
Tengku Mahkota yang meyampaikan sumbangan peribadi baginda kepada mangsa menitahkan Ketua Jajahan Kota Bharu supaya membina segera rumah ganti yang sesuai kepada mangsa terbabit.
Dato’ Takiyuddin (foto) yang ditemui berkata pihak kerajaan akan meneliti segera status tanah tempat kejadian dan sekiranya sesuai, rumah untuk empat keluarga itu akan dibina secara gotong royong.
Tuesday, July 24, 2007
Pejabat SUK kena ceroboh kali kedua
"TIdak ada barang yang hilang cuma fail ditemui berselerakan dipercayai cuba mencuri maklumat tertentu," katanya yang kejadian itu hanya disedari kakitangan yang mahu memulakan tugasan pacta pukul 8 pagi semalarn.
Pada 19 Mei lalu, tiga peJabat Exco di blok yang sarna turut dipecah masuk pencuri yang melarikan beberapa keping cek kerajaan.
Ketika itu selain pejabat Anuar Tan yang dipecah masuk, dua lagi pejabat yang menjadi sasaran adalahpejabat Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri, Datuk Husam Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah Negeri, Hassan Mahmood.
Berikutan itu kerajaan negeri bercadang untuk memasang beberapa kamera litar tertutup (CCTV) di blok tersebut.
Dua hari lalu, pejabat khidmat rakyat Takiyuddin di Bunut Payung turut dipecah masuk mengakibatkan empat buah komputer yang dianggarkan berharga RMlO,OOO dicurL
Husam ketika dihubungi berkata penceroboh itu. dipercayai cuba mencuri maklumat berdasarkan kepada keadaan fail yang berselerakan itu.
Anuar Tan pula gagal dihubungi untuk mendapatkan komennya.
Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah ketika dihubungi enggan memberikan sebarang kenyataan. - BERNAMA
Pejabat ADUN Bunut Payong diceroboh
KOTA BHARU - Pejabat Wakil Rakyat Ahli Dewan ,Undangan Negeri (ADUN) Bunut - Payung, Datuk Takiyuddin Hassan diceroboh lagi semalam, dan kali ini membabitkan kerugian kira-kira RMlO,OOO apabila empat komputer di pejabat itu hilang,
Kejadian itu disedari Takiyuddin selepas dimaklumkan kakitangan di pejabatnya kira-kira·· jam 9.45 pagi yang memaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan kehilangan komputer bersama alat perisian (CPU).
Takiyuddin berkata, beliau percaya kejadian itu berlaku antara malam sebelumnya sehingga awal pagi semalam.
"lni merupakan kejadian kali kedua pejabat saya di Bunut Payung diceroboh dan pertama kali berlaku beberapa tahun lalu.
"Pencuri dipercayai mencuri komputer dan CPU berkenaan untuk cnendapatkan maklumat yang disimpan di dalamnya tetapi alhamdulillah semua dokumen dalam komputer itu disimpan dalam disket," katanya kepada pemberita semalam.
Menurutnya, pencuri disyaki menceroboh bangunan pejabat itu melalui bahagian belakang berikutan terdapat kesan umpil pada pintu.
Berikutan . kejadian itu, pihaknya bercadang memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat berkenaan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima,laporan berhubung
kejadian itu.
"Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana menceroboh rumah malam hari," katanya. - Sinar Harian 23 Julai
Pejabat Exco Kelantan diceroboh lagi
Wajdi Mayusoh Tue | Jul 24, 07 | 05:43:34 PM | |
KOTA BHARU, 24 Julai (Hrkh) – Ceroboh lagi. Apa sudah jadi dengan kawalan keselamatan di Kota Darulnaim, apabila berlaku lagi pecah masuk pejabat anggota Exco kerajaan negeri. Hairan. Tahun ini sahaja sudah dua kali kejadian serupa berlaku. Malah, pada persidangan Dewan Undangan Negeri Jun lalu, isu menceroboh masuk ke pejabat Exco digegerkan. Ada Adun mencadangkan supaya dipasang CCTV. Namun sehingga ke hari belum pun kelihatan CCTV dipasang. Nampaknya, isu ini seperti tidak selesai. Di mana silapnya. Pegawai Khas kepada Exco terbabit, Mohamed Zainal Abidin Hussin berkata, kejadian itu disedari salah seorang kakitangan apabila mendapati pintu pejabat Dato’ Takiyuddin Hassan tidak berkunci ketika datang ke pejabat pagi tadi. “Selain itu didapati ada kesan geledah seperti mencari sesuatu. Manakala fail dan barangan lain berselerak atas lantai. Selain itu almari serta laci meja dalam keadaan berselerak,” katanya ketika ditemui di sini. Kata beliau turut terdapat kesan-kesan geledah di pejabatnya sendiri yang terletak bersebelahan dengan pejabat Exco terbabit dan meja kepunyaan pembantu khas Exco, Nik Norma Nik Daud. Katanya, keadaan berselerak juga berlaku di meja Nik Norma. Bagaimanapun hairannya meja pembantu pejabat kepada seorang lagi anggota Exco, Dato’ Husam Musa tidak diusik. Menurutnya berdasar kepada penelitian awal tidak terdapat barangan berharga hilang, malah komputer riba, kamera video tidak diambil penceroboh. “Ini menimbulkan keraguan apakah motif sebenar pencerobohan dilakukan,” ujarnya. Kata beliau percerohan itu dipercayai berlaku malam tadi. “Walau bagaimanapun masih belum dipastikan sama ada terdapat kehilangan dokumen penting memandangkan Exco terbabit ketika ini berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri Seminar Emas Dinar Antarabangsa,” katanya. Menurutnya laporan polis telah dibuat Nik Norma di ibu pejabat Polis Daerah Kota Bharu, kira-kira jam 9 pagi tadi. Sebelum ini Sabtu lalu, pejabat Takiyuddin di Bunut Payung juga dimasuki pencuri di mana empat komputer dan beberapa barangan berharga lain didapati hilang. |
Sunday, July 22, 2007
Kelantan maju dengan utamakan kebajikan rakyat
Dasar ini akan terus menjadi pegangan kerajaan selagai rakyat memilih pemimpin yang menjadikan Islam sebagai landasan perjuangan, kata Exco Kerajaan Negeri, Dato' Haji Takiyuddin Hassan.
Menurut beliau, sejak Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin kerajaan negeri pelbagai dasar dan tindakan telah diambil bagi memastikan kebajikan rakyat terpelihara.
"Dengan menghapuskan punca-punca kerosakan masyarakat seperti arak, judi dan pusat maksiat rakyat Kelantan mendapat kebajikan besar kerana tidak digangu gejala buruk daripada aktiviti ini," kata beliau di majlis penampaian manfaat Kifaalah dan bantuan pesakit ronik di Kediaman Menteri Besar, JKR 10 hari ini.
Pelbagai bentuk batuan katanya dirancang bagi mengurangkan bebanan mereka yang kurang bernasib baik dalam masyarakat.
"Kita memperkenalkan dasar-dasar pro kebajikan dalam pentadbiran seperti cuti 2 hari seminggu yang pada mulanya dicemuh dan dianggap ketinggalan zaman tetapi ternyata kemudiannya jadikan ikutan mereka sendiri," tambah beliau.
Beliau turut menjelaskan pelbagai skim bantuan untuk orang kurang upaya, golongan miskin, armalah (ibu tunggal), anak-anak yatim dan sekarang untuk warga emas.
Kerajaan negeri-negeri lain kata beliau tidak berminat dengan kerja-kerja kebajikan yang dianggap tugas kerajaan pusat yang telah ada menteri yang mengendalikan perkara tersebut.
"Bila kita lancar skim Kifaalah dan terbukti berjaya, ada kerajaan sebuah negeri pergi jumpa pihak takaful dan beritahu supaya buat program seperti Kelantan," ujarnya.
Walaupun Kelantan selalu diperlekeh, Takiyuddin berkata hampir semua idea-idea yang dimulakan kerajaan Kelantan di bawah pimpinan Tok Guru telah ditiru.
Pada majlis penyampaian itu, 43 orang wasi (waris simati) menerima manfaat Kifaalah sebanyak RM2500 manakala 73 pesakit kronik menerima bantuan mengikut kadar masing-masing.
Turut hadir menyampaikan sumbangan ialah Exco Kerajaan Negeri, Dato' Anuar Tan Abdullah dan ADUN Tanjong Mas, Puan Rohani Ibrahim.