Sunday, October 14, 2007

Rumah terbuka Aidilfitri dihadiri semua lapisan masyarakat

Kota Bharu, 13 Oktober - Rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan pada hari raya pertama di kediaman Dato' Haji Takiyuddin Hassan di Telipot dikunjungi seluruh lapisan masyarakat termasuk mereka yang bukan beragama Islam.
Rumah terbuka yang bermula kira-kira jam 9.30 pagi dihadiri oleh para pemimpin kerajaan, pgawai-pegawai kanan dan penduduk sekitar Kota Bharu khususnya penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri Bunut Payong.
Dato' Takiyuddin yang sebelum itu menunaikan solat sunat Aidilfitri di khemah Terawih berhampiran Stadium Sultan Muhammad ke IV bersyukur kerana sambutan perayaan kali ini terus meriah dengan agenda untuk mengukuhkan lagi ikatan silaturahim dan penghayatan Islam.
"Kita mengharapkan agar semangat Aidilfitri ini benar-benar dihayati dengan pelabagai program yang meningaktkan komitmen kita untuk melaksanakan segala perintah Allah SWT bukannya dengan bergembira keterlaluan hingga membawa kepada unsur-unsur melalaikan," ujar beliau ketika ditemui di majlis rumah terbuka beliau.