Saturday, September 22, 2007

Takiyuddin ingatkan nikmat Ramadan di Kelantan

Oleh Ahmad Fazrul

Kota Bharu 20 Sept- Hasil pentadbiran berasaskan Islam, rakyat Kelantan dapat menikmati sepenuhnya penghayatan Ramadan sebagai bulan yang dipenuhi amalan-amalan penting seperti dikehendaki oleh RAsulullah SAW.
AUN Bunut Payong, Dato' Haji Takiyuddin Hassan mengingatkan rakyat bahawa suasana ibadah seperti ini tidak akan dinikmati jika negeri ini ditadbir oleh golongan yang tidak mementingkan kehidupan akhirat.
“Semua penghayatan bulan mulia ini dapat kita laksanakan seperti berbuka bersama-sama jemaah, tadarus Al –Quran, tazkirah,qiamulail dan pelbagai program kebajikan yang merupakan cara yang terbaik untuk menjadi umat Islam," kata beliau ketika berucap di majlis berbuka puasa di Jalan Raja Dewa semalam.
Menurut beliau semua kegiatan ini perlu disyukuri kerana bukan mudah jika pihak kerajaan sendiri tidak menunjukkan minat.
"Ada negeri lain yang menghalang kegiatan-kegiatan bermanfaat termasuk mengadakan tazkirah di bulan yang mulia ini," tambah beliau lagi.
Dato' Takiyuddin kemudian berbuka puasa bersama-sama 100 orang penduduk di sekitar Jalan Raja Dewa dan Wakaf Siku.

Friday, September 21, 2007

Kerajaan negeri kemuka cadangan balas tapak UMK di Jeli

Oleh Ahmad Fazrul

Kota Bharu, 18 September - Kerajaan negeri yang pada dasarnya bersetuju dengan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi berkaitan tapak Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di jajahan Jeli mengemukakan cadangan balas supaya tapak berkenaan di tempatkan lebih jauh dari jalan utama Grik – Tanah Merah.

Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Takiyuddin Hassan berkata pihaknya mengesyorkan satu kawasan yang berada jauh sedikit dari bandar kerana kampus sebuah universiti akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan bandar seperti Jeli.

“Kalau kita ambil contoh Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok yang ditepatkan di satu kawasan yang jauh di pedalaman dan sekarang kawasan itu sedang pesat membangun,” kata belia pada sidang media selepas majlis penyampaian sumbangan ihya’ Ramadhan dan penyerahan cek takaful kifalah di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10 pagi ini.

Pada majlis itu 29 imam dan wakil imam bagi setiap masjid atau madrasah yang berada di dalam kawasan Bunut Payong meneriman sumbangan ihya’ Ramadan bernilai antara RM300 hingga RM1000 manakala 25 orang wasi (waris warga emas yang meninggal) menerima manfaat Kifalah bernilai RM2000.

Berkaitan kerjasama kerajaan negeri tehadap projek-projek kerajaan pusat Dato’ Takiyuddin memberi jaminan bahawa kerjasama akan diberi sepenuhnya selagi program-program yang dilaksanakan adalah untuk faedah seluruh akyat.

“Dalam kes wilayah pembangunan koridor timur (ECER) memang kita sedia memberi kerjasama tetapi malangnya sehingga ini pihak kerajaan negeri tidak diberi sebarang maklumat mengenainya,” kata beliau.

Sebelum itu ketika menyampaikan ucapan beliau menasihatkan imam-imam supaya mempelbagaikan kegiatan bagi menyemarakkan bulan Ramadhan ini dengan mengajak anak kariah mukim mereka untuk mengimarahkan rumah Allah dengan lebih giat lagi.

“Anak-anak perlu didedahkan dengan amalan pada bulan Ramadhan yang mulia ini seperti bersolat terawih, berbuka beramai-ramai ,moreh dan juga bersahur bagi mendidik generasi akan datang terus beramal dan dapat mewarisi tinggalan yang baik dari generasi yang lalu,”ujar beliau lagi.

Mengenai tohmahan yang mengatakan kerajaan negeri hanya menjadikan propaganda politik bila memperkenalkan skim Kifalah untuk warga emas beliau berkata semua pihak sekarang dapat melihat hasil program ini secara nyata.

“Ini bukan janji kosong dari kerajaan negeri dan kita merancang dan juga terus melaksanakan skim ini untuk rakyat”, kata beliau.

Mengenai pemantauan bagi menjaga kesucian Ramadan di Kota Bharu Bandar Raya Islam beliau meminta semua kedai makan termasuk kedai makanan segera seperti KFC, McDonald dan Pizza Hut mematuhi segala peraturan yang ditetapkan termasuk memulakan perniagaan selepas jam 3.00 petang.

Tuesday, September 18, 2007

Kelantan confirms new RM1 parking fee in Kota Baru

18-09-2007 05:37:00 PM
By IAN MCINTYRE

KOTA BARU: The state government has now confirmed that there is an increase in car parking charges at the 2,000 municipality lots, making it RM1 per hour, which is among the highest in the country.

After weeks of silence after the state MCA raised the matter two weeks ago, state Local Government committee chairman Datuk Takiyuddin Hassan has now confirmed that the state executive councillors approved a 20 sen per hour hike. According to him, the last time the Kota Baru Municipal Council (MPKB) parking charges were reviewed was 10 years back.

He denied that there was no prior announcement made to the increase, saying MPKB issued notices last month over the hike.

"For Kelantan, the increase is reasonable and we expect other municipalities to also increase as we are under pressure to generate more income so services to ratepayers can be improved," he said.

MPKB wanted a higher quantum of increase but the state decided to allow a minimal hike which also acts as a deterrent for motorists who hog parking lots for an unreasonable period.

Takiyuddin said the move was to encourage motorists to plan out their programme when driving around the state capital.

Kelantan MCA did a survey with other municipalities in the peninsula and found that the Kelantan rate of RM1 per hour was among the highest, prompting the MCA to appeal to MPKB to reconsider the new parking fee as the prices of many other goods and services have risen due to the fuel hike.

With a new site for public transport expected to be ready next year along the Sungai Kelantan mega riverside development project, Takiyuddin said proper routing would be done to accommodate those who need to patronise commercial, trade and tourism centres in the capital.

Takiyuddin said similar to other states, Kelantan encourages ratepayers to use the public transport and to alleviate the limited parking bays available in the town centre.

Kelantan janji beri kerjasama jayakan Koridor Timur

KOTA BHARU, 18 Sept – Kerajaan PAS Kelantan sedia memberi kerjasama dalam menjayakan Koridor Pantai Timur yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata walaupun Kelantan tidak diajak berunding dalam menjayakan pembangunan negeri itu tetapi kerajaan negeri akan tetap memberi sokongan kepada setiap perkara yang membawa kepada kebaikan kepada penduduk Kelantan.

“Setakat ini kita tidak diberitahu tentang pelaksanaan koridor Pantai Timur, cuma dengar apa yang dicakapkan. Bagaimanapun kita sedia memberi kerjasama dalam menjayakannya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada imam masjid, surau dan madrasah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bunut Payung di sini hari ini.

Takiyuddin berkata kerajaan negeri tidak akan menyekat sebarang bentuk pembangunan yang hendak dilaksanakan di Kelantan dan sedia meluluskan mana-mana tapak tanah yang dicadangkan.

“Sekiranya ada tapak tanah yang lebih sesuai kita juga akan cadangkan untuk tujuan pembangunan,” katanya.

– Bernama

Orang ramai diminta bersama kerajaan jaga kesucian Ramadan

Kota Bharu, 18 September - Orang ramai diminta memberi kerjasama kepada pentadbiran Kota Bharu Banda Raya Islam dalam memastikan kesucian Ramadan tepelihara daripada unsur-unsur kurang sihat seperti tidak berpuasa dan peniaga yang engkar.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dato' Haji Takiyuddin Haji Hassan berkata Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bekerjasama penuh dengan jabatan-jabatan kerajaan lain di peringkat negeri dan persekutuan bagi memastikan bulan Ramadan yang mulia benar-benar terpelihara.

Bagi tujuan itu beliau meminta orang ramai yang terserempak dengan mereka yang mengengkari kewajipan berpuasa supaya segera melaporkan kepada pihak MPKB-BRI bagi membolehkan tindakan dapat diambil dengan segera.

Ditanya sama ada MPKB-BRI mewujudkan pasukan pengintip ala Mat Skodeng beliau berkata tidak ada pasukan rasmi seperti itu diwujudkan tetapi mengakui mempunyai hubungan dengan pihak tertentu yang secara sukarela mengesan mereka yang tidak berpuasa di bandar ini.

"Mereka tidak akan membuat sebarang tindakan tetapi akan melaporkan kepada pihak MPKB-BRI dan Jabatan Agama bagi membolehkan pihak penguatkuasa yang sah segera bertin dak," kata beliau kepada sidang media selepas menyampaikan bantuan ihya Ramadan dan Manfaat Kifalah di Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini pagi ini.

Pada majlis itu imam-imam masjid dan surau di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri Bunut Payong menerima sumbangan daripada Dato' Takiyuddin bagi program menghidupkan Ramadan di tempat masing-masing.

Turut menerima sumbangan ialah waris (wasi) kepada warga emas yang meninggal dunia melalui skim Takaful Kifalah.

Semasa menyampaikan ucapan pada majlis itu beliau mengingatkan semua pihak supaya menjadikan bulan Ramadan sebagai medan untuk mengutip sebanyak mungkin pengurniaan daripada Allah SWT.

Pihak kerajaan katanya telah menyediakan pelbagai skim kebajikan terutama di bulan Ramadan untuk memastikan semua rakyat dapat menjalani kehidupan dengan penuh kesejahteraan dan keberkatan.

Mereka yang bernasib baik dengan dilebihkan rezki oleh Allah SWT kata beliau perlu bersama-sama dengan kerajaan untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan.