Saturday, July 28, 2007

Majlis Daerah Ketereh, Kuala Krai dapat YDP baru

Kota Bharu, 29 Julai - Majlis Daerah Ketereh dan Kuala Krai mendapat Yang Dipertua (YDP) baru apabila kedua-dua mereka menyelesaikan upacara angkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dato' Haji Takiyuddin Hassan pagi ini.
Ketua Jajahan Kota Bharu, Tuan Haji Ismail Ghani dan Ketua Jajahan Kuala Krai Tuan Haji Ismail Samah hadir di pejabat Exco kira-kira jam 8.30 pagi dan menghadiri majlis ringkas yang disaksikan Ketua Penolong Setiausaha (Kerajaan Tempatan) Encik Ahmad Robert.
Dato' Haji Takiyuddin yang ditemui selepas upacara tersebut berharap mereka berdua dapat membantu kerajaan dalam meningkatkan lagi perkhidmatan kepada rakyat.
"Pertumbuhan pesat di peringkat majlis daerah memerlukan pengurusan yang lebih cekap dan berkesan dan saya yakin pimpinan pentadbiran peringkat berkenaan memiliki keupayaan untuk menghadapinya," kata beliau.

No comments: