Wakil MAB, Encik Abdullah Mat Dali yang ditemui selepas menerima cek untuk tujuan itu berkata beliau amat bersyukur dan menyatakan terima kasih kepada kerajaan khasnya kepada Exco Kerajaan Negeri, Dato' Haji Takiyudin Hassan yang bertanggungjawab berkaitan hal ehwal kesihatan.
"Saya yakin kerajaan negeri dapat membantu lebih ramai pesakit melalui sumbangan ini kerana ia diurus secara kebajikan oleh doktor-doktor yang bekerja secara sukarela," kata beliau.
Sebelum itu pada satu majlis ringkas, pegawai khas Dato' Takiyuddin, Mohamed Zainal Abidin Hussin telah menyampaikan cek berkenaan kepada Encik Abdullah Mat Dali.