Baginda berkata kemalangan yang melibatkan kehilangan hartabenda dan tempat kediaman seperti itu perlu dipulihkan seberapa cepat supaya ahli keluarga yang turut melibatkan orang-orang tua dan kanak-kanak sekolah dapat kembali menjalankan tugas masing-masing seperti asal.
Diiringi Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Takiyuddin Hassan, Ketua Jajahan Kota Bharu, Ismail Ghani dan ADUN Tanjong Mas, Puan Rohani Ibrahim baginda mengambil masa hampir dua jam melawat kawasan kejadian dan beramah mesra dengan mangsa-mangsa terbabit.
Dalam kejadian minggu lalu empat buah rumah terbakar hangus dalam kejadian yang berlaku selepas waktu zohor.
Pemilik-pemilik rumah berkenaan, Yusof Salleh, 75, Mohd Zain Din, 62, Ali Ismail, 56 dan Zaharah Bidin, 60 berkata mereka tidak sempat menyelamatkan sesuatu pun dalam kemalangan itu.
Bagaimanapun mereka amat bersyukur kerana tidak berlaku kemalangan jiwa dalam kejadian itu walupun salah seorang dari pemilik rumah (Ali) lumpuh kerana diserang strok beberapa tahun lalu.
Kebakaran berpunca daripada rumah Yusuf apabila api mancis yang dinyalakan oleh dua cucu-cucunya berumur dua dan tiga tahun menyambar tilam kemudian api terus marak ke seluruh bahagian rumah dengan cepat.
Tengku Mahkota yang meyampaikan sumbangan peribadi baginda kepada mangsa menitahkan Ketua Jajahan Kota Bharu supaya membina segera rumah ganti yang sesuai kepada mangsa terbabit.
Dato’ Takiyuddin (foto) yang ditemui berkata pihak kerajaan akan meneliti segera status tanah tempat kejadian dan sekiranya sesuai, rumah untuk empat keluarga itu akan dibina secara gotong royong.
No comments:
Post a Comment