Dasar ini akan terus menjadi pegangan kerajaan selagai rakyat memilih pemimpin yang menjadikan Islam sebagai landasan perjuangan, kata Exco Kerajaan Negeri, Dato' Haji Takiyuddin Hassan.
Menurut beliau, sejak Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin kerajaan negeri pelbagai dasar dan tindakan telah diambil bagi memastikan kebajikan rakyat terpelihara.
Pelbagai bentuk batuan katanya dirancang bagi mengurangkan bebanan mereka yang kurang bernasib baik dalam masyarakat.
"Kita memperkenalkan dasar-dasar pro kebajikan dalam pentadbiran seperti cuti 2 hari seminggu yang pada mulanya dicemuh dan dianggap ketinggalan zaman tetapi ternyata kemudiannya jadikan ikutan mereka sendiri," tambah beliau.
Beliau turut menjelaskan pelbagai skim bantuan untuk orang kurang upaya, golongan miskin, armalah (ibu tunggal), anak-anak yatim dan sekarang untuk warga emas.
Kerajaan negeri-negeri lain kata beliau tidak berminat dengan kerja-kerja kebajikan yang dianggap tugas kerajaan pusat yang telah ada menteri yang mengendalikan perkara tersebut.
"Bila kita lancar skim Kifaalah dan terbukti berjaya, ada kerajaan sebuah negeri pergi jumpa pihak takaful dan beritahu supaya buat program seperti Kelantan," ujarnya.
Walaupun Kelantan selalu diperlekeh, Takiyuddin berkata hampir semua idea-idea yang dimulakan kerajaan Kelantan di bawah pimpinan Tok Guru telah ditiru.
Pada majlis penyampaian itu, 43 orang wasi (waris simati) menerima manfaat Kifaalah sebanyak RM2500 manakala 73 pesakit kronik menerima bantuan mengikut kadar masing-masing.
Turut hadir menyampaikan sumbangan ialah Exco Kerajaan Negeri, Dato' Anuar Tan Abdullah dan ADUN Tanjong Mas, Puan Rohani Ibrahim.
No comments:
Post a Comment