Tuesday, July 24, 2007

Pejabat SUK kena ceroboh kali kedua

KOTA BHARU- Pusat pentadbiran kerajaan Kelantan di Blok 1, Kompleks Kota Darul Naim di sini diceroboh buat kali keduanya dan kali ini dua pejabat Exco Kerajaan Negeri menjadi sasaran. Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesiha­tan Negeri, Datuk Taki­yuddin Hassan berkata selain pejabatnya, pejabat pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan Masyar­akat Negeri, Datuk An­uar Tan Abdullah turut dipecah masuk.
"TIdak ada barang yang hilang cuma fail ditemui berselerakan di­percayai cuba mencuri maklumat tertentu," ka­tanya yang kejadian itu hanya disedari kakita­ngan yang mahu memu­lakan tugasan pacta pukul 8 pagi semalarn.
Pada 19 Mei lalu, tiga peJabat Exco di blok yang sarna turut dipecah mas­uk pencuri yang melari­kan beberapa keping cek kerajaan.
Ketika itu selain pejabat Anuar Tan yang dipecah masuk, dua lagi pejabat yang menjadi sasaran adalahpejabat Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Per­ancangan Ekonomi, Ke­wangan dan Pembangu­nan Masyarakat Negeri, Datuk Husam Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah Negeri, Hassan Mahmood.
Berikutan itu kerajaan negeri bercadang untuk memasang beberapa kam­era litar tertutup (CCTV) di blok tersebut.
Dua hari lalu, pejabat khidmat rakyat Takiyud­din di Bunut Payung turut dipecah masuk mengaki­batkan empat buah kom­puter yang dianggarkan berharga RMlO,OOO di­curL
Husam ketika dihubun­gi berkata penceroboh itu. dipercayai cuba mencuri maklumat berdasarkan kepada keadaan fail yang berselerakan itu.
Anuar Tan pula gagal dihubungi untuk menda­patkan komennya.
Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Asisten Komisioner Zahruddin Ab­dullah ketika dihubungi enggan memberikan se­barang kenyataan. - BER­NAMA

1 comment:

tolong kami said...

aku sokong taju ni..memang pembangunan hambat orang melayu..

'Orang Melayu (Malaysia) tidak akan dapat dihambat dengan muncung senapang, tetapi dihambat melalui projak-projek pembangunan terhimpit tersepit hingga kebukit... '

bukn setakat di singapura di kota bharu pun orang mealyu makin terhimpit...bayangkan duit berjuta-juta di laburkan untuk buat dataran tapi lani hancur di musnahkan jentolak..apakah ini harga sebuah pembangunan yg dicanangkan..atau pun sememangnya orang melayu sdanggup menerima kemajuan dalam sedemikian rupa..

nak buat dataran satu hal..lepas tu bila dah di cantik kan, bila sudah di indahkan ..hari ni mudah-mudah mpkb nak robohkan dataran mpkb dan dataran pasar siti khadijah.. berjuta-juta duit rakyat di laburkan unutk buat datan tu hri dgn senang hati mpkb kata nak robohkan pula...mudoh sungguh mpkb buat kerja..mpkb- lupa gamaknya duit yg dia buat dataran tu dtg dari rakyat...kemudahan yg di buat adalah untuk rakyat..tapi rupa nya macam, retorik saja...duk kata tengganu membazir buat masjid kristal...mpkb jgk membazir buat replika masjid kecil-kecil nak sembahyang pun tak boleh....

tolonglah mpkb...MINTAK JGN ROBOHKAN DATARaN SITI KHADIJAH.... orang melayu dah byk berkorban untuk pembangunan...dulu ramai penuiaga makanan kat dataran mpkb, tapim kerana mpkb nk buat parkson maka orang mealyu kena pindah jual kat di belakang flet

lepas ni mungkin peniaga atas pasar mpkb plak yg kena pindah..jgk sebab pembangunan...kalau orang india, nk buat bagunanan mereka tak setuju. pemimpin buleh berunding..tapi bila melayu...pemimpin tak buat rundungan pun dgn kami....lepas ni mana kami pindah utk berniaga?? datarn siti khadijah tu la temapt kami rezeki....semua nya orang melayu...semuanya beragama islam...tapi kami kena halau dari bandar kami sendiri..kami nak sewa kedai kami tak mampu....