Program itu bakal dihadiri guru taranum tersohor antarabangsa termasuk Sheikh Fathi Hasan Maliji. Ia akan diadakan di Hotel Perdana.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, seramai 400 peserta dari dalam dan luar negara dijangka menyertai seminar yang julungkali diadakan.
Menurutnya, setakat ini 50 peserta telah menyatakan persetujuan untuk hadir termasuk dari Singapura, Thailand dan Indonesia.
Kertas kerja yang dijangka dibentang termasuk bertajuk Tarannum al-Quran Arabiah Misriah Muktabar. Selain itu, sidang pleno bakal menampilkan tokoh-tokoh agama tanah air seperti Dato’ Hassan Azahari di samping qari tempatan dan antarabangsa.
“Kita berharap mereka yang berminat dengan seni pengajian tarranum menyertai program ini,” ujarnya.
Menurutnya penganjuran seminar itu akan turut mempromosikan Kota Bharu sebagai sebuah Bandar Raya Islam kepada masyarakat di luar negara.
No comments:
Post a Comment