Friday, February 29, 2008

Markaz Bunut Payong gempur lawan dengan ‘meriam’

Intan Abdullah
Thu | Feb 28, 08 | 3:07:19 pm MYT

KOTA BHARU, 28 Feb (Hrkh) – Bersiap hadapi musuh, senjata sudah terhunus. Meriam sedia ditembak, pertahanan musuh perlu dirobek.

Inilah situasi yang dapat digambarkan di Markaz Bunut Payong, Jalan Kuala Krai dekat sini.

Markaz itu dikendalikan Skuad Pemuda Belia Bersatu hasil inisiatif Pemuda PAS Bunut Payong.

Pengerusi Skuad Pemuda Bela Bersatu, Shukri Ibrahim berkata, markaz tersebut diwujudkan sebaik pembubaran parlimen diumumkan sebagai membangkitkan semangat pemuda bekerja dengan lebih gigih bagi mempertahankan kemenangan kerajaan PAS di Kelantan.

"Idea mewujudkan markaz berkonsepkan kubu tentera perang ini sudah bermula sejak 1990 iaitu ketika pilihan raya umum ke-9. Kita memilih konsep tersebut dengan anggapan pilihan raya seumpama medan perang.

“Dekorasi yang dibuat untuk mengingatkan semua pihak agar bersiap sedia dengan situasi tersebut," katanya ketika ditemui di markaz tersebut malam tadi.

Replika tersebut menggambarkan meriam, kubu perang dan tentera yang menembak menggunakan senapang perang dalam kubu. Selain itu ada juga tentera yang menggunakan busur dan anak panah.

Ada ketika kedengaran kesan bunyi seperti suasana peperangan sehingga menarik perhatian orang ramai yang melalui kawasan tersebut.

Bahagian hadapan markaz dihiasi dengan sebuah meriam beserta peluru-pelurunya serta pelbagai kain rentang dihiasi lampu warna warni.

Kenderaan yang melalui jalan tersebut bergerak perlahan untuk mencuri pandang keunikan reka bentuk markaz 'ala kem tentera' itu.

Di situ juga terdapat kain rentang kempen undilah PAS berlatar belakang gambar pimpinan PAS. Terdapat juga tulisan 'kami pemuda mahukan kepimpinan ulama pada bahagian depan markaz tersebut’.

Di bahagian dalam ‘kem’ tersebut juga dihiasi dengan pameran gambar beberapa aktiviti yang dijalankan skuad yang dilengkapi dengan kemudahan komputer, sistem audio canggih, penata bunyi dan kawasan lapang bagi memudahkan petugas berehat.

Jadual tugasan disediakan di mana tiga petugas bertugas daripada jam 9 malam sehingga Subuh. Manakala petugas lain melaksanakan akviti memasang bendera, kain rentang dan menghadiri taklimat polling agent.

Lebih menarik lagi markaz itu turut menyediakan makanan, risalah bagi pengunjung yang singgah bagi mendengar ceramah yang dipasang melalui pemain VCD.

Antara aktiviti yang dijalankan di pos tersebut termasuk solat hajat pada hari penamaan calon dan pembukaan pos serta taklimat urusan petugas-petugas pilihan raya.

Shukri berkata, skuad tersebut dianggotai 250 pemuda termasuk di kalangan bukan Muslim turut bersama bekerja bagi mempertahankan kerajaan PAS Kelantan. Empat orang dilantik sebagai penasihat.

"Kesemua replika yang dibina dibiayai sendiri anggota skuad. Dan setiap anggota yang bertugas berpakaian seragam. Tugas kami seperti Unit Amal," ujarnya.

7 comments:

mohd said...

Saya ingin memberikan sedikit teguran kepada,skuad pemasang bendera pas,dikampung belukar yang tidak menghormati langsung pihak lawan.Kejadian berlaku pada 1 mac 2008 pada kul 11 mlm.Tempat kejadian ialah dihadapan rumah abang umar &cikgu khalid.Sedia maklum diketahui,pemasang sepanduk &bendera bagi pihak barisan nasional cukup menghormati kawasan bagi org2 pas..dan tidak pernah sekalipun dicerobohi kerana menghormati pihak lawan.Sedangkan bendera pas yang jatuh sekalipun diangkat dan dipacak semula.Yang amat dikesali ,setelah dinasihati supaya tidak memasang bendera dihadapan rumah cikgu khalid,para pemasang yang diwakili oleh anak kepada abang jak&abang soh yang telah sedia maklum begitu kuat dengan parti pas.Mereka tetap berdegil dan terus memasang tanpa menghormati kawasan itu diduduki oleh siapa.Semoga dato mengambil serius keadaan ini.Kita sepatutnya menghormati pihak lawan,dan bukan seolah-olah mengejek dan menunjukkan jaguh dengan melahirkan kebencian dgn cara tersebut.

Tulaps said...

"Di situ juga terdapat kain rentang kempen undilah PAS berlatar belakang gambar pimpinan PAS. Terdapat juga tulisan 'kami pemuda mahukan kepimpinan ulama pada bahagian depan markaz tersebut’."

Saya sebagai rakyat DUN Bunut Payong memang mahukan wakil rakyat yang berkepimpinan ulama. Bukan wakil rakyat yang hanya datang 4 tahun sekali menjenguk penduduk. Wakil rakyat saya sepatutnya cakna keadaan penduduk DUN Bunut Payong dahulu sebelum pergi ke DUN yg tak berkaitan. Baiki masalah DUN Bunut Payong dahulu, tidak kira dari segi pembangunan, sosial mahupun ekonomi kerana itulah sebenarnya tanggung jawap dan amanah yang diberikan sebagai wakil rakyat. Negara Kebajikan terbentuk dari DUN Kebajikan. Andai kata di peringkat DUN pun wakil rakyatnya tak mampu laksanakan, usah bermimpi peringkat Negara. Saidina Umar tak dapat tidur jika dapat tahu rakyatnya kesusahan. DUN Bunut Payong?? Come and see for yourself....

paya senang said...

dato cmne nak report tentang individu y menjadi agen no ekor dikawasan dun dato...di paya senang ada satu kedai y menjadi agen penjualan no ekor..sy berharap dato dapat ambik tindakan kerana akibat perjualan no ekor beberapa individu xdikenali berlegar2 didalam kg..sy risau akan terjadi perkara y x dingini sepert pecah rumah atau culik kanak2...harap maklum...

paya senang said...

dato cmne nak report tentang individu y menjadi agen no ekor dikawasan dun dato...di paya senang ada satu kedai y menjadi agen penjualan no ekor..sy berharap dato dapat ambik tindakan kerana akibat perjualan no ekor beberapa individu xdikenali berlegar2 didalam kg..sy risau akan terjadi perkara y x dingini sepert pecah rumah atau culik kanak2...harap maklum...

mohd said...

betulkah seperti yang dinyatakan diatas kain rentang bahawa datuk mempunyai 2 biji rumah yang begitu besar dan koleksi kereta mewah?Rumah tersebut bernilai menjangkau Rm3juta.Drpd manakah sumber kewangan tersebut yang memungkinkan dato mampu untuk berbuat demikian.Saya lihat dibunut payong,tiada kemajuan yang nyata dapat dilihat,dan dato hanya hadir ketika berlaku kematian dan disurau2 sahaja serta sewaktu keramaian.Jangan kerana harta kami sebagai penduduk dun bunut payong tergadai

Tulaps said...

Tahniah atas kemenangan dato menjadi wakil rakyat dun bunut payong lg. Diharap agar nasib penduduk bunut payong akan terbela selepas ini. Moga2 dato akan bersedia memberi sepenuh masa, tenaga dan kekayaan demi menjalankan amanah yg besar yang telah diberikan oleh ALLAH. Pemimpin, bekerja demi agama ALLAH, membawa syiar Islam dan dirinya sendiri mengamalkan ajaran Islam dalam setiap kelakuan. Andai tidak mampu, atau tidak boleh, atas sebab selain tuntutan Islam, usahlh menjadi pemimpin. Insyaallah, akan ada orang yang mampu.

GomoMan said...

Saksikan bagaimana superhero Malaysia, made in Wakaf Che Yeh, mengebom undi pos di dalam episod "Pakoh Memakoh".

Saksikan kami di TV GomoMan di http://www.gomoman.com

Siapa sangka kawasan Dato' telah melahirkan superhero Malaysia.