| Mohd Nor Yahya Mon | Jul 28, 08 | 7:04:29 pm MYT | |
| KOTA BHARU, 28 Julai (Hrkh) - Kerajaan negeri sentiasa memberi kerjasama kepada mana-mana syarikat bagi menganjurkan program mereka di sini, dalam usaha menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kerjasama diberi terutamanya dalam menjayakan program Tahun Melawat Kelantan 2008. "Kerajaan negeri sentiasa memberi kerjasama kepada mana-mana badan korporat bagi menjayakan program mereka di sini bersesuaian dengan konsep menang-menang. "Melalui jalinan itu kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan, manakala syarikat pula dapat memasarkan produk mereka di negeri ini," katanya pada majlis pelancaran Pek� Edisi Kota Bharu DIGI Telecomunication Sdn Bhd di KB Mall, kelmarin. Majlis tersebut disempurnakan anakda Sultan Kelantan, Tengku Amalin A'Ishah Putri. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Haji Shafie Ismail. Takiyuddin juga merakamkan ucapan terima kasih kepada DIGI kerana sudi menjadi penaja beberapa program yang akan dianjurkan kerajaan negeri. Antaranya program Ihya Ramadhan pada September depan dan Oktober pula akan diadakan pesta air di Sungai Kelantan. DIGI juga akan mengadakan program Qurban Perdana pada Hari Raya Haji akhir tahun ini. Sementara itu, Pengarah Hal Ehwal Korporat DIGI, Tunku Alizakri Alias berkata, pek edisi Kota Bharu pertama kali dilancarkan bersesuaian dengan kuasa beli�di Kelantan yang terbaik di Pantai Timur. |
Monday, July 28, 2008
DIGI akui pasaran di Kelantan terbaik di Pantai Timur
Thursday, July 3, 2008
Peniaga pasar borong Wakaf Che Yeh semakin terbela
| Ramli Yamat Wed | Jul 02, 08 | 8:33:27 pm MYT | |
| KOTA BHARU, 2 Julai (Hrkh) � Nasib peniaga pasar borong yang pada awalnya dipindahkan dari Jalan Hamzah ke Wakaf Che Yeh kini semakin terbela, biar pun mereka pernah membantah langkah dibuat kerajaan negeri. Biar pun beberapa siri demontrasi diadakan membantah hasrat kerajaan negeri namun hari ini mereka memiliki tapak perniagaan yang jauh lebih selesa. Sebelum dapat berniaga di ruang yang selesa sekarang mereka sudah tiga kali berpindah. Di sebalik susah payah itu akhirnya peniaga terbabit sekarang mampu senyum memanjang.
Bermula pagi semalam seramai 250 peniaga pasar pagi, 350 peniaga pasar malam, 50 peniaga pasar borong dan 100 peniaga pasar tani berpindah ke lokasi baru tersebut. Perpindahan 250 peniaga pasar pagi semalam turut disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan dan pegawai kanan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI). Pembinaan Pasar Awam Bersepadu Wakaf Che Yeh melibatkan kos sebanyak RM27 juta. Keluasannya 6,166 meter persegi dibina Sensatimur Sdn Bhd dengan kerjasama MPKB BRI. Pengarah Perhubungan Awam MPKB-BRI, Azman Mohd Daham berkata, perpindahan sepenuhnya peniaga ke tapak baru berkuatkuasa sehingga 6 Julai ini. Katanya, orang ramai yang datang untuk membeli-belah di pasar baru berkenaan akan merasa lebih selesa berbanding pasar lama. �Sebanyak 350 ruang niaga disediakan dalam bentuk gerai pasar pagi yang memulakan perniagaan dari jam 7 pagi hingga 1 tengahari. �Sehingga kini masih terdapat 100 petak yang belum disewa. Manakala 700 petak lagi disediakan untuk peniaga pasar malam. Dan sehingga sekarang 350 peniaga menyewanya di mana waktu perniaga bermula jam 6 petang hingga 1 pagi,� katanya di sini. Selain itu Azman berkata, kesemua 50 petak pasar borong yang disediakan habis disewa peniaga, di mana waktu perniagaan ditetapkan bermula jam 1 pagi hingga 7 pagi. Selain itu pasar baru terbabit juga menyediakan tempat kepada peniaga pasar tani yang menjalankan perniagaan setiap pagi Jumaat. |
Tuesday, July 1, 2008
Peniaga Pasar Bersepadu Wakaf Che Yeh diberi subsidi 50 peratus
| Salmah Mat Husain Mon | Jun 30, 08 | 7:35:54 pm MYT | |
| KOTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) � Rungutan peniaga mengenai kadar bayaran menduduki Pasar Bersepadu Wakaf Che Yeh agak mahal akhirnya terelai apabila kerajaan negeri memberi subsidi sehingga 50 peratus. Ini jelas menggambarkan keprihatinan kerajaan Kelantan terhadap rungutan peniaga yang mana sebelum ini mereka menganggap kadar bayaran yang dikenakan pihak pemaju mahal. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan negeri memberi potongan antara 30 hingga 50 peratus kepada peniaga terbabit. �Ekoran itu subsidi diberi kepada 855 peniaga yang akan menduduki tapak baru perniagaan yang jauh lebih selesa mulai esok. Bagi tujuan itu kerajaan negeri menanggung kos sebanyak RM1.2juta untuk dibayar kepada pemaju,� katanya di sini. Beliau diminta mengulas berhubung bantahan peniaga di Pasar Borong Wakaf Che Yeh yang dikenakan bayaran sebanyak RM2,000 sehingga RM2,500 sebagai bayaran menyediakan pelbagai kemudahan termasuk payung besar. Takiyuddin yang juga Adun Bunut Payong berkata, bagi peniaga yang dikenakan bayaran RM2,500 subsidi sebanyak 30 peratus diberi, di mana mereka mengusahakan perniagaan gerai makanan, runcit dan pakaian. Katanya, bayaran yang dikenakan hanya sekali sahaja iaitu bagi menampung perbelanjaan menyediakan peralatan oleh pihak pemaju. �Di sini saya nak jelaskan, tiada bayaran kali kedua kepada peniaga yang berniaga di situ, cukup hanya sekali bayaran sahaja kerana kerajaan negeri memberi subsidi. Jadi peniaga tidak perlu risau,� ujarnya. Beliau juga berkata, peraturan lebih kemas dikenakan bagi memastikan tempat perniagaan baru itu kelihatan cantik, bersih dan menarik memandangkan ia menjadi tumpuan pelancong. Sebelum ini peniaga di Pasar Borong Wakaf Che Yeh berniaga di tapak sementara yang kurang selesa tidak jauh dari Pasar Bersepadu yang baru siap dibina. Baru-baru ini peniaga terlibat mengadakan demontrasi aman sebagai membantah kadar bayaran yang dikenakan pemaju agak mahal. Ekoran itu kerajaan negeri terpaksa campur tangan. |
Friday, June 6, 2008
Kelantan cadang bina Balai Seni Lukis
| Salmah Mat Husain Thu | Jun 05, 08 | 8:03:41 pm MYT | |
| KOTA BHARU, 5 Jun (Hrkh) - Kerajaan negeri akan memarbatkan karya seni lukis setanding dengan kesenian lain bagi memastikan ia tidak pupus begitu sahaja. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, golongan pelukis perlu diberi perhatian dan tidak membiarkan mereka terpinggir. Berucap merasmikan Pameran Seni Lukis Kelantan 2008, di Muzium Negeri, di sini hari ini katanya, bagi menjayakan hasrat itu, kerajaan negeri bercadang menyediakan Balai Seni Lukis bersebelahan dengan Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) tidak lama lagi.
Menurutnya golongan pelukis disifatkan begitu istimewa dan sukar dicari memandangkan anugerah berkenaan hanya dikurniakan Allah kepada segelintir hamba-Nya sahaja. Kata beliau melalui usaha tersebut diharap dapat membantu memperkayakan khazanah negeri, sama ada berbentuk artifak, permainan tradisional dan kehidupan masyarakat Kelantan melalui lukisan. �Kita ingin menjadikan pelukis Kelantan mempunyai identitinya yang tersendiri sehingga dikagumi semua pihak,� katanya lagi. Pameran itu berlangsung selama sebulan bermula hari ini. Sebanyak 100 lukisan pelbagai tema yang diilhamkan 50 pelukis tempatan dan jemputan dipamerkan. Program berkenaan turut mendapat kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Persatuan Seni lukis Kelantan (Peseni). Bercakap kepada media selepas itu beliau berharap kenaikan harga minyak yang begitu tinggi mulai hari ini tidak membantut kedatangan pelancong ke Kelantan. - mj |
Monday, June 2, 2008
Ibadat jadi tarikan pelancong
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, bulan puasa boleh menjadi salah satu tarikan bagi pelancong untuk merasai suasana beribadat di negeri ini.
Katanya, selain merasai suasana sembahyang terawih di kawasan terbuka, pelancong juga boleh merasai pengalaman solat dan berbuka puasa di beberapa masjid terkenal.
''Ini termasuklah di masjid di Pulau Melaka berhampiran kediaman Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Speaker's Corner di KB Mall di sini hari ini.
Menurut Takiyuddin, satu program yang terancang akan dirangka dengan kerjasama pelabagi pihak termasuk pihak hotel dan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bagi memudahkan pelancong.
''Mereka boleh mengatur persiapan termasuk pakej untuk ibadat dan lawatan-lawatan ke tempat yang mempunyai kaitan dengan agama supaya pelancong yang datang tidak merasai kesulitan untuk ke sesuatu tempat," ujar beliau.
Sementara itu, berucap pada majlis tersebut beliau berkata, program Speaker's Corner yang akan diadakan setiap hujung minggu di beberapa destinasi tumpuan juga menambahkan lagi keunikan Kelantan.
''Pendekatan sedemikian yang membolehkan rakyat meluahkan emosi atau pandangan mereka dalam pelbagai lapangan kehidupan telah lama dipraktikkan di Barat.
''Bagaimanapun ia akan dilakukan secara terkawal di samping orang ramai juga berpeluang mengetengahkan bakat mereka dalam kegiatan kebudayaan,'' ujarnya.
Kelantan juga mahu JPP dimansuh
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata, keputusan kerajaan pusat itu bertepatan dengan kuasa yang diberi kepada negerinegeri dalam melaksanakan setiap peruntukan yang disalurkannya.
"Dengan cara demikian pembangunan dapat dilaksanakan dengan licin dan cepat tidak sebagaimana sekarang," katanya kepada pemberita selepas menutup Pertandingan Beruk Memetik Kelapa di sini, hari ini.
Program sempena program Tahun Melawat Kelantan 2008 turut diadakan pelbagai program kebudayaan termasuk membuat alatan tradisional yang berasaskan pokok kelapa.
Menurutnya, Perdana Menteri mempunyai asas yang cukup untuk membubarkan JPP di Sabah sebagaimana yang dihasratkan oleh rakyat negeri itu.
"Kita harap perkara itu disusuli di Kelantan selepas ini memandangkan penubuhan JPP telah menyebabkan banyak pertindihan kuasa," kata Takiyuddin.
Tanpa menafikan adanya JPP Kelantan turut membangun negeri ini, beliau bagaimanapun berkata, berlaku kelewatan dalam menyalurkan peruntukan wajib kepada pihak berkuasa tempatan dan bahagian perumahan.
"Kalau kerajaan pusat salurkan terus, peruntukan per kapita kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), ia boleh diguna mengikut jadual," katanya. BERNAMA
Sunday, April 6, 2008
PBT disaran tingkatkan usaha tarik pelancong
Wednesday, April 2, 2008
Tengku Mahkota Kelantan anugerah hadiah pertandingan suara burung
Baginda berkenan menyampaikan anugerah kepada para pemenang dan peserta yang mendapat mendapat cabutan nombor bertuah.
Sementara itu Exco Kerajaan Negeri, Dato' Haji Takiyuddin Hassan yang menyembahkan ucapan di majlis itu menyanjung tinggi keperihatinan Tengku Mahkota terhadap nilai seni budaya warisan negeri itu.
"Kami rakyat amat yakin segala usaha menghidupkan seni warisan akan lebih meyerlah dengan kesungguhan tuanku memberi perhatian terhadap bidang ini," ujar beliau.
Lebih RM220,000 anak pokok dijual pada Pesta Flora
| Md Hakimi Wed | Apr 02, 08 | 3:12:49 pm MYT | |
| PENGKALAN CHEPA, 2 April - Pesta Flora Negeri Kelantan tahun lepas berjaya mencatat nilai jualan anak-anak pokok sebanyak RM223,440 meningkat berbanding RM185,380 tahun sebelumnya. Jumlah jualan anak-anak pokok tahun 2007 sebanyak 23,520 dipasar terus kepada orang ramai yang mengunjungi pesta tahunan itu. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pesta flora tahun ini dijangka mampu menarik lebih 50,000 pengunjung tempatan dan pelancong. �Sasaran 50,000 pengunjung mampu dicapai berdasar kepada kehadiran pengunjung pada tahun 2007 yang mencecah 48,000 pengunjung,� katanya di majlis perasmian Pesta Flora 2008 di Taman Orkid Tengku Anis dekat sini, baru-baru ini. Kata beliau berlaku pertambahan sebanyak 50 peratus pengunjung berbanding tahun sebelumnya seramai 32,000 pengunjung. Menurutnya berdasar kepada pertambahan bilangan pengunjung, dijangka jumlah jualan anak-anak pokok jenis bunga-bungaan dan buah-buahan akan meningkat. Pesta Orkid merupakan acara utama sempena sambutan perayaan ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan. Ia diadakan sejak 1993. Pada peringkat awal diadakan di Taman Orkid di tapak Taman Bendahara sekarang. Selepas itu dipindahkan ke Jalan Padang Tembak, lokasi yang ada sekarang. Perasmian pesta itu disempurnakan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. Anggota-anggota Exco, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. Tema Pesta Flora pada tahun ini �Keindahan Flora Kedamaian Rakyat�. Takiyuddin berkata, tema itu dipilih kerana tahun ini kerajaan negeri menekankan keindahan alam flora yang sentiasa menjadi daya tarikan dan kebanggaan rakyat Kelantan. �Selain keindahan flora juga mampu melahirkan suasana tenang dan rasa kecintaan kepada kedamaian dan keamanan. Kedamaian jiwa secara kolektif akan melahirkan masyarakat peka terhadap suasana aman damai. �Ia akan membentuk satu bangsa dan negara yang cintakan kedamaian dan keamanan sejagat. Ia juga bertepatan dengan tema sambutan hari ulangtahun Keputeraan Sultan Kelantan iaitu Kedaulatan Raja Keamanan Rakyat,� kata beliau. Pesta itu diadakan selama 10 hari bermula 31 Mac hingga 9 April ini. Antara aktiviti menarik yang diadakan pertandingan lanskap antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pertandingan bunga khas, pameran gubahan bunga, bunga kertas, bonsai, orkid, bunga ros, kaktus dan bunga aromatik. Selain itu pertandingan dan pameran model lanskap antara sekolah, fotoragam kanak-kanak, melukis kanak-kanak dan pelajar, memasak ikan air tawar, memancing, kebersihan premis, kebersihan tandas awam dan keindahan pejabat PBT. Pesta Flora kali ini juga menampilkan dua acara baru iaitu klinik flora kelolaan Jabatan Pertanian Negeri Kelantan dan pertandingan bunga gantung. Perasmian penutup pada 9 April akan dilakukan isteri Menteri Besar. Sementara itu, pemenang keseluruhan Pesta Flora tahun ini iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang juga menjuarai pertandingan lanskap. Johan pertandingan bunga khas disandang Majlis Daerah Tumpat. Kategori keindahan pejabat - Majlis Daerah Ketereh, johan keindahan premis disandang Hotel Grand Riverview bagi kategori pasar raya - PKT Wholesale Warehouse. Kategori premis makanan dimenangi restoran Four Season. Manakala johan pertandingan kebersihan dan keceriaan tandas awam disandang Tandas Awam Bandar Pasir Puteh. - Harakahdaily |
Wednesday, March 26, 2008
Kelantan sokong diadakan semula pilihan raya PBT
| Rizal Tahir Tue | Mar 25, 08 | 4:32:11 pm MYT | |
KOTA BHARU, 25 Mac (Hrkh) - Kelantan menyokong penuh cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mendapatkan pandangan orang ramai mengenai cadangan mengadakan semula pilihan raya di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT). Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan bagaimanapun berkata, untuk menjayakan hasrat tersebut ia mempunyai beberapa syarat tertentu. Antara syarat tersebut iaitu komposisi kaum perlu ditentukan sebagai usaha menjaga kebajikan dan keselesaan pelbagai etnik yang menghuni di kawasan PBT. "Misalnya dalam satu majlis daerah pembahagian mengikut kaum perlu. Selain itu mengikut profesion seseorang ahli majlis sebagaimana yang dipraktik di Kelantan. "Sebab itu sekarang di bawah PBT kita ada 24 orang ahli majlis di mana ada yang mewakili profesion tertentu, kaum, persatuan-persatuan badan bukan kerajaan dan sebagainya," ujar beliau. Beliau ditemui selepas mengadakan mesyuarat pertama dengan kakitangan Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) setelah dilantik menerajui portfolio pelancongan dan kebudayaan, di sini hari ini. Hadir sama Pengarah TIC, Mohd Arif Mohd Nor serta kakitangannya. Hari ini akhbar melaporkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ong Ka Chuan berkata, kerajaan akan mendapatkan pandangan orang ramai mengenai cadangan mengadakan pilihan raya peringkat PBT, yang pernah dilakukan 40 tahun lalu. Takiyuddin berkata, kuota mengikut calon yang profesional juga harus ditentukan mengikut kemahiran seseorang ahli majlis PBT. "Tidak timbul soal bukan Melayu akan menguasai PBT memandangkan golongan berkenaan lebih ramai tinggal di kawasan pusat bandar. "Kita kena ada terma rujukan atau pun garis panduan untuk tujuan itu bagi melahirkan ahli PBT yang bersih dan adil," ujarnya. Oleh itu katanya, Kelantan bersedia bekerjasama melaksanakan cadangan tersebut memandangkan negeri ini juga disenaraikan sebagai ahli dalam Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan. "Jadi kita boleh mengutarakan idea untuk dibincangkan bersama agar perkara itu dapat dijayakan sebagaimana yang dicetus semula kerajaan. "Kita pun tak nak juga satu bandar hanya dikuasai satu kaum sahaja, kita memang setuju pada dasarnya diadakan pilihan raya PBT, sebabnya orang yang dipilih itu benar-benar komited dengan tugasnya," kata beliau. Malah katanya, mereka yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik, pastinya akan tewas dalam pilihan raya PBT yang diadakan. Takiyuddin sebelum ini pernah membuat kenyataan supaya diadakan pilihan raya di peringkat PBT bagi melahirkan ahli PBT yang benar-benar komited dengan tugas diamanahkan. |
Wednesday, March 19, 2008
Kelantan umum portfolio exco kerajan negeri
KOTA BAHARU: Kerajaan Negeri Kelantan hari ini mengumumkan portfolio 11 anggota Exco kerajaan negeri yang baru, tiga daripada muka baru, selepas PAS berjaya membentuk kerajaan negeri buat penggal kelima pada pilihan raya umum baru-baru ini.
Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaacob ketika mengumumkan senarai itu berkata kerajaan negeri mengekalkan 11 portfolio seperti penggal yang lepas namun terdapat beberapa perubahan daripada segi nama portfolio.
Katanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan, memegang portfolio Tanah, Perhutanan dan Sumber Asli manakala Timbalan Menteri Besar bertanggungjawab terhadap Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah.
"Portfolio Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan yang sebelum ini dikenali sebagai Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat dipegang Datuk Husam Musa.
"Manakala Datuk Anuar Tan yang sebelum ini bertanggungjawab terhadap jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat bertukar portfolio kepada jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Pepaduan Masyarakat," katanya pada sidang akhbar di sini, pada hari Rabu.
Beliau berkata sektor pelancongan kini dimasukkan bersama Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan yang dipegang oleh Datuk Takiyuddin Hassan.
Nik Mohd Amar Nik Abdullah yang sebelum ini memegang portfolio Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi berubah kepada Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah menggantikan Hassan Mahmood yang sebelum ini merupakan Exco bagi jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah.
Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman masih mengekalkan portfolionya sebelum ini iaitu Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar yang sebelum ini dikenali sebagai Kerja Raya, Infrastruktur dan Alam Sekitar.
Bagi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO pula dipegang oleh Abdul Fattah Mahmood yang sebelum ini memegang portfolio Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan.
Tiga muka baru yang dilantik sebagai Exco iaitu Dr Mohd Fadhli Datuk Hassan memegang portfolio Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi.
Ini diikuti Che Abdullah Mat Nawi yang memegang porfolio Pertanian, Industri Desa dan Bioteknolgi menggantikan Dr Nik Mazian Nik Mohamed yang digugurkan daripada senarai Exco kerajaan negeri kali ini.
Sementara satusatunya Exco wanita, Wan Ubaidah Omar yang menang tanpa bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang diberi tanggungjawab memegang portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan.
Ketika mengulas senarai Exco yang diamanahkan memegang portfolio masingmasing, Ahmad berkata beliau yakin barisan yang dilantik kali ini mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat.
Friday, February 29, 2008
Markaz Bunut Payong gempur lawan dengan ‘meriam’
| Intan Abdullah Thu | Feb 28, 08 | 3:07:19 pm MYT | |
KOTA BHARU, 28 Feb (Hrkh) – Bersiap hadapi musuh, senjata sudah terhunus. Meriam sedia ditembak, pertahanan musuh perlu dirobek. Inilah situasi yang dapat digambarkan di Markaz Bunut Payong, Jalan Kuala Krai dekat sini. Markaz itu dikendalikan Skuad Pemuda Belia Bersatu hasil inisiatif Pemuda PAS Bunut Payong. Pengerusi Skuad Pemuda Bela Bersatu, Shukri Ibrahim berkata, markaz tersebut diwujudkan sebaik pembubaran parlimen diumumkan sebagai membangkitkan semangat pemuda bekerja dengan lebih gigih bagi mempertahankan kemenangan kerajaan PAS di Kelantan. "Idea mewujudkan markaz berkonsepkan kubu tentera perang ini sudah bermula sejak 1990 iaitu ketika pilihan raya umum ke-9. Kita memilih konsep tersebut dengan anggapan pilihan raya seumpama medan perang. “Dekorasi yang dibuat untuk mengingatkan semua pihak agar bersiap sedia dengan situasi tersebut," katanya ketika ditemui di markaz tersebut malam tadi. Replika tersebut menggambarkan meriam, kubu perang dan tentera yang menembak menggunakan senapang perang dalam kubu. Selain itu ada juga tentera yang menggunakan busur dan anak panah. Ada ketika kedengaran kesan bunyi seperti suasana peperangan sehingga menarik perhatian orang ramai yang melalui kawasan tersebut. Bahagian hadapan markaz dihiasi dengan sebuah meriam beserta peluru-pelurunya serta pelbagai kain rentang dihiasi lampu warna warni. Kenderaan yang melalui jalan tersebut bergerak perlahan untuk mencuri pandang keunikan reka bentuk markaz 'ala kem tentera' itu. Di situ juga terdapat kain rentang kempen undilah PAS berlatar belakang gambar pimpinan PAS. Terdapat juga tulisan 'kami pemuda mahukan kepimpinan ulama pada bahagian depan markaz tersebut’. Di bahagian dalam ‘kem’ tersebut juga dihiasi dengan pameran gambar beberapa aktiviti yang dijalankan skuad yang dilengkapi dengan kemudahan komputer, sistem audio canggih, penata bunyi dan kawasan lapang bagi memudahkan petugas berehat. Jadual tugasan disediakan di mana tiga petugas bertugas daripada jam 9 malam sehingga Subuh. Manakala petugas lain melaksanakan akviti memasang bendera, kain rentang dan menghadiri taklimat polling agent. Lebih menarik lagi markaz itu turut menyediakan makanan, risalah bagi pengunjung yang singgah bagi mendengar ceramah yang dipasang melalui pemain VCD. Antara aktiviti yang dijalankan di pos tersebut termasuk solat hajat pada hari penamaan calon dan pembukaan pos serta taklimat urusan petugas-petugas pilihan raya. Shukri berkata, skuad tersebut dianggotai 250 pemuda termasuk di kalangan bukan Muslim turut bersama bekerja bagi mempertahankan kerajaan PAS Kelantan. Empat orang dilantik sebagai penasihat. "Kesemua replika yang dibina dibiayai sendiri anggota skuad. Dan setiap anggota yang bertugas berpakaian seragam. Tugas kami seperti Unit Amal," ujarnya. |
Sunday, January 27, 2008
PAS siap sedia perkasakan e-media bantu kempen pilihan raya
Wednesday, January 23, 2008
Kawasan dilanda banjir dapat perhatian khas pimpinan negeri
Kota Bharu - Kawasan yang dilanda banjir di sekitar bandar Kota Bharu mendapat perhatian khas apabila menerima lawatan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dato' Haji Takiyuddin Haji Hassan baru-baru ini.Beliau yang sempat melawat beberapa kampung di sekitar tebing sungai Kelantan berkata beberapa tindakan segera akan diambil bagi memastikan aktiviti masyarakat kembali pulih selepas dilanda bencana berkenaan hujung bulan lalu.
"Kita mendapati ada longkang dan jalan-jalan kecil yang belum dipulihkan sepenuhnya menyebabkan kawasan-kawasan tertentu masih menghadapi masalah," kata beliau selepas menziarahi beberapa keluarga yang daif dan kurang bernasib baik.

Tinjauan beliau meliputi kawasan-kawasan yang didiami penduduk padat dan kawasan yang menjalankan aktiviti ekonomi kecil-kecilan seperti industri batik dan penternakan.
"Pihak kerajaan negeri akan segera membantu penduduk yang menghadapi masalah membetulkan semula kediaman seperti atap bocor atau masalah-malasah yang boleh diatasi segera," ujarya.
Orang ramai yang menyambut mesra Dato' Takiyuddin menganggap sikap prihatin dan cakno kepimpinan negeri memberi sinar kepada rakyat dalam meneruskan usaha membangunkan diri dan masyarakat.
Sunday, January 13, 2008
Pondok Islah Diri Baitul Taubah terima pelatih sukarela
Pondok Islah Diri Baitul Taubah dijangka menerima kumpulan pertama anak bina 16 Januari ini dan bakal dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan pada bulan Februari depan.
Monday, December 31, 2007
Selamatkan bumi dari golongan rakus lupakan akhirat
Seluruh dunia sedang menghadapi satu krisis besar kebelakangan ini. Perubahan cuaca yang tidak menentu dan kemunculan pelbagai penyakit yang sebahagiannya belum diemui kaedah perubatannya.
Tahun lalu dan baru-baru ini negara kita dilanda banjir besar. Banjir bukan luar biasa. Apa yang menegejutkan ialah kawasan yang dilanda banjir telah berubah dari kebiasaan. Sejak dahulu banjir musim tengkujuh hanya dikaitkan dengan kawasan pantai timur terutama di negeri kita Kelantan. Keadaan telah berubah apabila kawasan baru seperti Pahang, Johor, malah Selangor, Kedah dan Perlis kini lebih teruk dilanda bencana ini pada musim di mana keadaan ini lazimnya tidak berlaku di tempat berkenaan.
Di tempat kita keadaan turut berubah. Banjir boleh berlaku tanpa amaran. Selalunya banjir berlaku dengan dimulakan hujan lebat yang berlaku beberapa hari. Keadaan ini berbeza apabila banjir baru-baru ini, khususnya di Kota Bharu tiba-tiba berlaku dengan limpahan air sungai secara mengejut sedangkan hujan hampir tidak turun di kawasan kita. Keadaan ini menyebabkan mereka yang dilanda banjir berhadapan dengan keadaan tidak bersedia sama sekali. Sebagaimana kita semua alami, ini menyebabkan berlaku kerosakan yang agak besar kali ini walaupun skala banjir tidak begitu besar. Dan apa lebih memilukan kita, begitu ramai anak-anak dan rakan kita menjadi korban bencana banjir pada tahun ini.
Mungkin ada di antara kita yang belum menyedari apa kaitan ini semua dengan program kita pagi ini. Hari ini sekali lagi kita lancarkan program untuk mendidik orang ramai untuk menanam lebih banyak pokok. Kita namakan program penghijauan bumi. Program ini amat penting kerana masalah yang dihadapi oleh seluruh dunia sekarang ialah kawasan yang masih dilitupi tumbuhan semakin sempit. Kekurangan kawasan hijau merupakan satu petanda bencana yang manakutkan.
Menurut satu laporan, hampir setiap saat satu ekar hutan di dunia ini dimusnahkan dan setiap tahun sejumlah 74 ribu ekar hutan lenyap akibat aktiviti pembalakan, pertanian dan pembangunan. Keadaan ini menyebabkan berlaku fenomena-fenomena berkikut:
1.Atmosfera sekarang mengandungi sekitar 40 peratus lebihan karbon dioksida berbanding 1000 tahun lalu.
2. Purata paras laut meningkat dari 10 hingga 20 sentimeter (CM) sejak abad lepas – Di Malaysia para pengkaji alam sekitar menjangka bandar-bandar Klang, Miri dan Pekan akan tenggelam dalam jangka 50 tahun lagi jika fenomena ini berterusan.
3. Cuaca panas di kawasan habiatat haiwan meyebabkan kepupusan lebih sejuta spesis hidupan darat dalam tempoh 50 tahun yang lalu.
4. Belaku kekacauan dalam fenomena cuaca di mana sejak 1981 berlaku musim salji di bebrapa bahagian Afrika dan musim musim panas melampau di Eropah di mana pada tahun 2003, 29 dilaporkan mati akibat panas melampau manakala berpuluh-puluh ribu lagi dijangkiti pelbagai penyakit yang dikaitkan dengan cuaca panas.
5. Sejak 2005 pelbagai jenis taufan dan puting beliung yang dahulunya seperti Katrina, Rita, Wilma dan pelbagai nama lagi mengganas hingga ke kawasan yang begitu ramai di diami manusia. Dahulunya tufan-taufan ini hanya di kesan di kawasan lautan yang jauh dari kawasan yang di diami manusia.
Islam mengajar kita bahawa manusia adalah agen yang mampu melakukan perubahan.
Firman Allah,
”Telah berlaku kerosakan di lautan dan di daratan akibat perbuatan tangan manusia”
Setelah menyedari kerosakan yang telah berlaku kita perlu mengambil isiatif untuk memperbaiki keadaan. Hari ini kita sekali lagi akan memulakan langkah untuk megembalikan kehijauan bumi. Kita bersyukur kerana Allah memberi anugerah kepada kita kawasan bumi yang begitu mudah ditumbuhi dengan pelbagai jenis pokok-pokok. Kita perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadikan setiap inci kawasan sekitar kita menjadi kawasan hijau. Tanamlah apa juga pokok boleh tumbuh subur walaupun dari segi jangka pendek tidak nampat sebarang hasil seperti buah-buahan atau untuk dijadikan hasil jualan. Pokok adalah pembekal oksigen dan membawa lemmbapan yang mampu menyejukkan persekitaran kita.
Sebagai sebuah negeri yang meletakkan Islam sebagai asas pentadbiran, pentabirandi bawah Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat akan terus memberi sokongan sepenuhnya kepada program seumpama ini.
Bagi pihak kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang turut sama menjayakan program penting ini.
Semoga usaha kecil kita ini memberi sumbangan ke arah mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi umat manusia pada masa ini dan masa hadapan.
(Sedutan ucapan Dato' Haji Takyuddin Hassan di majlis pelancaran Program Penghijauan Bumi peringkat Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam di Taman Tengku Anis pada 30 Disember 2007)
Friday, December 14, 2007
Saturday, November 24, 2007
Sunday, October 14, 2007
Rumah terbuka Aidilfitri dihadiri semua lapisan masyarakat
Rumah terbuka yang bermula kira-kira jam 9.30 pagi dihadiri oleh para pemimpin kerajaan, pgawai-pegawai kanan dan penduduk sekitar Kota Bharu khususnya penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri Bunut Payong.

Saturday, October 6, 2007
Kelantan rayakan Aidilfitri bersama semua kaum
Kota Bharu, 6 Oktober - Rakyat Kelantan akan merayakan Aidilfitri sebagaimana lazimnya dengan meraikan seluruh masyarakat termasuk kaum-kaum bukan beragama Islam di negeri ini.Anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Haji Takiyuddin Hassan berkata keharmonian yang wujud membuktikan pentadiran Islam adalah bermanfaat untuk seluruh rakyat dan bukan hanya untuk kepentingan orang-orang beragama Islam semata-mata.
"Suasana hormoni antara kaum di Kelantan kadangkala mengejutkan orang luar yang datang ke sini apabila mendapati dalam satu kedai makan, peniaga berbangsa Melayu dan Cina dapat berkongsi," kata beliau ketika berucap di majlis penyampaian bantuan hari raya untuk golongan miskin di JKR 10 hari ini.

Kelantan yang ditadbir secara Islam kata beliau selalu digambarkan dengan buruk oleh pelbagai pihak dengan anggapan masyarakat bukan Islam hidup tertindas dan berlaku diskriminasi bersifat perkauman.
"Musim perayaaan ini kita dapat saksikan bagaimana kunjung mengunjung berlaku dengan bebas di mana rumah terbuka Aidilfitri akan dikunjungi pelbagai kaum dan diraikan dengan mesra oleh masyarakat Islam," kata beliau.





