Thursday, July 3, 2008

Peniaga pasar borong Wakaf Che Yeh semakin terbela

Ramli Yamat
Wed | Jul 02, 08 | 8:33:27 pm MYT

KOTA BHARU, 2 Julai (Hrkh) � Nasib peniaga pasar borong yang pada awalnya dipindahkan dari Jalan Hamzah ke Wakaf Che Yeh kini semakin terbela, biar pun mereka pernah membantah langkah dibuat kerajaan negeri.

Biar pun beberapa siri demontrasi diadakan membantah hasrat kerajaan negeri namun hari ini mereka memiliki tapak perniagaan yang jauh lebih selesa.

Sebelum dapat berniaga di ruang yang selesa sekarang mereka sudah tiga kali berpindah. Di sebalik susah payah itu akhirnya peniaga terbabit sekarang mampu senyum memanjang.

ImageMulai semalam, 750 peniaga Pasar Wakaf Che Yeh berpindah dari tapak pasar sementara ke bangunan pasar baru yang lebih moden dan selesa. Lokasi baru itu terletak lebih kurang 300 meter daripada tapak pasar borong sementara.

Bermula pagi semalam seramai 250 peniaga pasar pagi, 350 peniaga pasar malam, 50 peniaga pasar borong dan 100 peniaga pasar tani berpindah ke lokasi baru tersebut.

Perpindahan 250 peniaga pasar pagi semalam turut disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan dan pegawai kanan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI).

Pembinaan Pasar Awam Bersepadu Wakaf Che Yeh melibatkan kos sebanyak RM27 juta. Keluasannya 6,166 meter persegi dibina Sensatimur Sdn Bhd dengan kerjasama MPKB BRI.

Pengarah Perhubungan Awam MPKB-BRI, Azman Mohd Daham berkata, perpindahan sepenuhnya peniaga ke tapak baru berkuatkuasa sehingga 6 Julai ini.

Katanya, orang ramai yang datang untuk membeli-belah di pasar baru berkenaan akan merasa lebih selesa berbanding pasar lama.

�Sebanyak 350 ruang niaga disediakan dalam bentuk gerai pasar pagi yang memulakan perniagaan dari jam 7 pagi hingga 1 tengahari.

�Sehingga kini masih terdapat 100 petak yang belum disewa. Manakala 700 petak lagi disediakan untuk peniaga pasar malam. Dan sehingga sekarang 350 peniaga menyewanya di mana waktu perniaga bermula jam 6 petang hingga 1 pagi,� katanya di sini.

Selain itu Azman berkata, kesemua 50 petak pasar borong yang disediakan habis disewa peniaga, di mana waktu perniagaan ditetapkan bermula jam 1 pagi hingga 7 pagi.

Selain itu pasar baru terbabit juga menyediakan tempat kepada peniaga pasar tani yang menjalankan perniagaan setiap pagi Jumaat.

9 comments:

y said...
This comment has been removed by the author.
y said...

Nak buka meniaga kena buka canopy dan kiosk, bila dah habis meniaga kena simpan balik kesemuanya. Sampai bila asik nak buka dan tutup, buka dan tutup?? Ini seperti kembali pada tahap sebelum dibangunkan dulu. Peniaga2 mengharapkan tempat yang lebih mudah, selesa dan teratur dan boleh mencerminkan kemodenan. Sebagai contohnya kawasan perniagaan di kawasan Petaling Street Kuala Lumpur.

orang kampung said...

salam datuk
sdr Y tak perlulah bising-bising kalau dah tak selesa berniaga di wkf che yeh. Buka gerai ditepi jalan. Tak kena daftar niaga,tak kena lesen mpkb dan secara automatis tak akan sampai borang incometax. Memang salah disisi mpkb tapi banyak lagi gerai yang tak berlesen tidak diambil tindakan. janganlah saudara buka gerai dalam bandar betul cari yang diluar bandar sikit. Kalau saudara berminat dikawasan depan pejabat penggawa chempaka nampak ada lagi ruang untuk dibina gerai.ketika saya pulang bekerja nampak boleh tahan sibuk. Kalau boleh jemputlah kawan2 supaya jika ada bantahan dari mpkb bolehlah jumpa tok guru tapi dengan syarat ramai.

orang kampung said...

salam datuk
sdr Y tak perlulah bising-bising kalau dah tak selesa berniaga di wkf che yeh. Buka gerai ditepi jalan. Tak kena daftar niaga,tak kena lesen mpkb dan secara automatis tak akan sampai borang incometax. Memang salah disisi mpkb tapi banyak lagi gerai yang tak berlesen tidak diambil tindakan. janganlah saudara buka gerai dalam bandar betul cari yang diluar bandar sikit. Kalau saudara berminat dikawasan depan pejabat penggawa chempaka nampak ada lagi ruang untuk dibina gerai.ketika saya pulang bekerja nampak boleh tahan sibuk. Kalau boleh jemputlah kawan2 supaya jika ada bantahan dari mpkb bolehlah jumpa tok guru tapi dengan syarat ramai.

Unknown said...

eh, eh.. tak tahu pulak saya ada pasar baru ni. Malam Khamis ni boleh lah saya pi tinjau.

amar_mzy said...

Salam Dato'.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YB. Dato' kerana telah berjaya dalam mengwujudkan satu pasar wakaf che yeh bersepadu. Ianya menjadi salah satu mercu tanda kota bharu sendiri.

Wlau bagaimanapun, dua perkara yang ingin saya tegur. Pertama tahab dikebersihan pasar wakaf che yeh. Saluran air di pasar tidak begitu baik dan tempat letak kereta di bawah pasar (under ground) kotor dan berdebu. Ini adalah disebabkan saki baki simen pembinaan pasar tersebut. Ianya hendaklah di basuh terlebih dahulu agar ianya lebih bersihan dan tidak berdebu. Kebersihan itu adalah lambang keimanan. Ianya akan mencacatkan nama baik Kerajaan Negeri selaras dengan Bandar Raya Islam.

Kedua, soal sekatan masuk ke kawasan pasar bersepadu tersebut. Apakah kami harus membayar untuk memasuki kawasan tersebut. Adakah kawasan tersebut merupakan sebuah kawasan PBT swasta. Bagaimana sekiranya pengguna dikenakan bayaran masuk tetapi tidak mendapat kemudahan tempat letak kenderaan dan sebagainya. Adakah ini akan merosak nama baik Kerajaan Negeri sendiri. Bukankah pihak yang membina sesuatu perumahan dan rumah kedai harus membina jalan dan parit selaras dgn Akta Parit dan Jalan. Tetapi mengapa ini terjadi di Pasar Bersepadu Wakaf Che Yeh.

Terima kasih. Harap pihak YB. Dato' dapat memberi kajian dan pertimbangan yang sewajarnya di atas kedua-dua masalah tersebut.

amar_mzy said...

salam datuk

sdr Y x perlu cakap kalau x selesa berniaga x payah berniaga di situ ... situ bukan khas untuk jualan tetap nama lagi pasar malam. Jangan duk banding dgn petaling street, KL. Di sini pasar malam tu diadakan sebelah malam aje ... kiri kanan bangunan rumah kedai. Cuba tengok pasar malam KL sianghari ada ker bangsal khemah. Malam aje . Nama lagi pasar malam

Unknown said...

Waakf Che Yeh juga telah menghasilkan superhero Malaysia, GomoMan. Saksikan aksi terbaru GomoMan di http://www.youtube.com/watch?v=rl44uRXl_GU

Vote Amir for Raja Lawak....

Al Quds Travel said...

PROMOSI MUSLIM TOUR
“Mari Pakat Gi Jale”

PAKEJ TIANJIN-BIEJING
6DAY 5NIGHT
HARGA DARI RM340.00