Friday, June 6, 2008

Kelantan cadang bina Balai Seni Lukis

Salmah Mat Husain
Thu | Jun 05, 08 | 8:03:41 pm MYT

KOTA BHARU, 5 Jun (Hrkh) - Kerajaan negeri akan memarbatkan karya seni lukis setanding dengan kesenian lain bagi memastikan ia tidak pupus begitu sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, golongan pelukis perlu diberi perhatian dan tidak membiarkan mereka terpinggir.

Berucap merasmikan Pameran Seni Lukis Kelantan 2008, di Muzium Negeri, di sini hari ini katanya, bagi menjayakan hasrat itu, kerajaan negeri bercadang menyediakan Balai Seni Lukis bersebelahan dengan Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) tidak lama lagi.

Image�Dengan adanya bangunan seperti itu membolehkan pelukis melukis atau menyediakan lukisan untuk dipamerkan kepada pelancong sama ada tempatan atau luar negara. Di situ juga boleh dijadikan tempat mengajar anak-anak muda melukis,� ujarnya.

Menurutnya golongan pelukis disifatkan begitu istimewa dan sukar dicari memandangkan anugerah berkenaan hanya dikurniakan Allah kepada segelintir hamba-Nya sahaja.

Kata beliau melalui usaha tersebut diharap dapat membantu memperkayakan khazanah negeri, sama ada berbentuk artifak, permainan tradisional dan kehidupan masyarakat Kelantan melalui lukisan.

�Kita ingin menjadikan pelukis Kelantan mempunyai identitinya yang tersendiri sehingga dikagumi semua pihak,� katanya lagi.

Pameran itu berlangsung selama sebulan bermula hari ini. Sebanyak 100 lukisan pelbagai tema yang diilhamkan 50 pelukis tempatan dan jemputan dipamerkan.

Program berkenaan turut mendapat kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Persatuan Seni lukis Kelantan (Peseni).

Bercakap kepada media selepas itu beliau berharap kenaikan harga minyak yang begitu tinggi mulai hari ini tidak membantut kedatangan pelancong ke Kelantan. - mj

1 comment:

TRALAYAN said...

Salam.

Cadangan yang sangat baik. Bakal menjadi satu lagi daya tarikan ke Kelantan. Usah dipersoalkan tentang kuantitinya sekarang. Biar ada dulu, kita tengok sambutannya kemudian. Lepas tu boleh lah kita bertindak dan merancang. Teruskan cadangan ini.