Monday, June 2, 2008

Ibadat jadi tarikan pelancong

KOTA BHARU 2 Jun - Dalam usaha mencari kelainan sempena Tahun Melawat Kelantan 2008, kerajaan Pas akan menjadikan September ini sebagai Bulan Ibadat untuk menarik pelancong.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, bulan puasa boleh menjadi salah satu tarikan bagi pelancong untuk merasai suasana beribadat di negeri ini.

Katanya, selain merasai suasana sembahyang terawih di kawasan terbuka, pelancong juga boleh merasai pengalaman solat dan berbuka puasa di beberapa masjid terkenal.

''Ini termasuklah di masjid di Pulau Melaka berhampiran kediaman Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Speaker's Corner di KB Mall di sini hari ini.

Menurut Takiyuddin, satu program yang terancang akan dirangka dengan kerjasama pelabagi pihak termasuk pihak hotel dan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bagi memudahkan pelancong.

''Mereka boleh mengatur persiapan termasuk pakej untuk ibadat dan lawatan-lawatan ke tempat yang mempunyai kaitan dengan agama supaya pelancong yang datang tidak merasai kesulitan untuk ke sesuatu tempat," ujar beliau.

Sementara itu, berucap pada majlis tersebut beliau berkata, program Speaker's Corner yang akan diadakan setiap hujung minggu di beberapa destinasi tumpuan juga menambahkan lagi keunikan Kelantan.

''Pendekatan sedemikian yang membolehkan rakyat meluahkan emosi atau pandangan mereka dalam pelbagai lapangan kehidupan telah lama dipraktikkan di Barat.

''Bagaimanapun ia akan dilakukan secara terkawal di samping orang ramai juga berpeluang mengetengahkan bakat mereka dalam kegiatan kebudayaan,'' ujarnya.

3 comments:

ketam said...

Assalamualaikum Hj,

Saya perlukan komen Hj berkenaan artikel di bawah.Harap Hj dapat emailkan komen saya di Ketam761@yahoo.com. berkenaan apakah peranan PAS dalam hal ini dan kenapa tidak ada Pemimpin PAS yang tampilkan diri mempertahankan AGAMA SUCI ISLAM ini?? dan kenapa PAS masih sanggup bersekongkol dengan parti yang jelas tidak menghormati ASAS AJARAN SUCI ISLAM dan UNDANG-UNDANGNYA??

Semoga ALLAH selamatkan kita daripada orang yang buta hati.

wassalam
-----------------------------------
Bagai "api dalam sekam " antara tuntutan IFC dan Gereja Katolik

Sepertimana yang kita tahu antara tuntutan IFC ( Interfaith Commission ) iaitu satu gerakan anti-Islam yang di dalangi oleh beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat antaranya adalah Sivarasa a/l Rasiah ( Naib Presiden PKR ), Tian Chua ( Ketua Penerangan PKR ), Ronnie Liu ( Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan DAP Pusat ), Elizabert Wong Keat Peng ( Ketua Penerangan Wanita PKR ) dan juga NGO-NGO yang lain. Antara lain tuntutan-tuntutan IFC adalah :

• Anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam. • Orang bukan Islam yang memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari Islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang. • Kes orang Islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil. • Perkataan ”Islam” tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang Muslim. • Orang bukan Islam tak perlu peluk Islam sekiranya berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam pula dibenarkan murtad jika ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh diambil tindakan undang-undang. • Suami isteri yang memeluk Islam tidak berhak diberi Hak Penjagaan Anak. • Orang yang bukan Islam berhak menuntut harta pusaka ahli keluarganya yang telah mati dalam Islam. • Kerajaan mesti menyiapkan dana yang cukup untuk membina dan menyelenggara rumah ibadat orang bukan Islam serupa untuk orang Islam. • Orang bukan Islam tidak boleh dilarang dari menggunakan perkaaan-perkataan suci Islam. • Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia dibenarkan pengedarannya kepada umum secara terbuka.

Gerakan anti-Islam telah berjaya menyusup masuk merosakkan parti PAS dan PKR. Perhimpunan 10 November 2007 tahun lalu ( perhimpunan BERSIH ) jelas didalangi oleh IFC ( INTERFAITH COMMISSION ) .

1. ) IFC Dulu dikenali sebagai Inter Religious Council (IRC). Mereka menuntut supaya ia dijadikan sebuah badan berkanun yang ada KUASA mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) jika didesak oleh agama lain.

2. ) Ia mirip sebuah mahkamah dan SUHAKAM yang melayan segala aduan dan keputusannya adalah muktamad.

3. ) Penganjur penubuhannya ialah Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism melalui memorandum kepada Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001 di bawah pimpinan V Harcharan Singh.

4. ) Pada 8 Disember telah diadakan satu “Festival of Rights” dengan tema “Kebebasan Beragama”. Pada 10 Disember 2001 Majlis Peguam menganjurkan forum “Kebebasan Beragama” dan menerbitkan artikel dalam jurnal Insaf.

5. ) 17 Mac 2003 bengkel mengenai keperluan kewujudannya telah diadakan. Kewujudannya gagal apabila persatuan dan NGO Islam serta beberapa pemimpin Islam menarik diri.

6. ) Januari 2005 deraf undang-undang penubuhan dikemukakan dalam persidangan penubuhan IFC yang dianjurkan oleh yayasan Kristian iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).

Matlamat : 7. ) Meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang bukan Islam.

Implikasinya : 1. ) Ia akan membuka ruang Menjadikan undang-undang Allah tunduk kepada norma- norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia. 2. ) Orang Islam bebas melakukan apa sahaja hatta murtad. 3. ) IFC bebas dan berhak menentukan status agama orang Islam.

Yang menariknya pada perhimpunan 10 November 2007, gerakan yang bertopengkan parti politik ini berjaya mengheret bersama Presiden Pas Ustaz Abdul Hadi Awang termasuklah Anwar Ibrahim. Yang menjadi persoalan sekarang adakah Pas dan PKR terlibat sama dalam gerakan ini. Adakah Ustaz Abdul Hadi, Anwar Ibrahim dan Raja Petra Kamaruddin sanggup menjadi pengkhianat kepada umat Islam Malaysia. Banyak persoalan yang timbul semasa perhimpunan itu diadakan yang perlu difikirkan oleh ahli-ahli Pas dan PKR. Antaranya adalah:

1. ) Kerjasama pembangkang PAS, PKR, dan DAP bersama Bar Counsil perlu dipersoalkan. Apakah niat kumpulan bar counsil terlibat sehingga sanggup menyediakan pasukan peguam dibawah pimpinan Sivarasa Rasiah yang melindungi pesalah demonstrasi haram yg ditangkap. 2. ) Gabungan parti pembangkang dengan kumpulan anti Islam seperti IFC ( Interfait Commision ) perlu dipersoalkan. IFC telah berjaya memperdayakan PAS dan PKR. 3. ) Pembangkang /penganjur sanggup menjemput Al Jazeera membuat liputan dan menyampaikan fakta dalam perhimpunan itu. 4. ) Kenapa Nik Aziz Mursyidul Am tidak turun berdemonstasi bersama BERSIH? Adakah Nik Aziz telah tahu perhimpunan itu gagal? 5. ) Husam Musa hanya duduk dalam masjid negara. Kenapa tidak berfungsi dengan baik? 6. ) Orang Islam sambut pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng di masjid negara. Sejak bila kedua-duanya menjadi Ustaz Pas.

Mengapakah pemimpin-pemimpin Pas dan ahli-ahlinya berdiam diri mengenai isu tuntutan IFC ini. Dimanakah fatwa-fatwa pemimpin Pas apabila mereka mengetahui yang IFC telah mencabar kewibawaan Agama Islam itu sendiri. Adakah mereka sendiri bersubahat? Bila berdepan dengan UMNO mereka sanggup mereka-reka pelbagai fatwa dengan matlamat untuk menjatuhkan pemerintahan Melayu Islam. Adakah orang-orang Melayu Islam didalam PKR tahu dan sedar akan perkara ini wujud didalam PKR. Adakah semua umat Islam diMalaysia sanggup melihat apabila ada bangsa lain mempersenda dan memperkotak-katikkan Agama Islam itu sendiri. Sanggupkah kita berdiam diri untuk melihat masa depan anak cucu kita terumbang-ambing apabila dalang-dalang ini berjaya didalam tuntutan mereka. Yang sedihnya adalah apabila ada antara umat Islam itu menjadi duri didalam daging.

Jelas dapat dilihat musuh-musuh Islam mengambil kesempatan apabila Islam berjaya dilemahkan. Yang terbaru apabila pihak Gereja Katolik berjaya didalam tuntutan mereka apabila mahkamah membenarkan mereka untuk membuat semakan kehakiman terhadap larangan menggunakan kalimah “ Allah ” dalam penerbitan mingguan Herald - The Catholic Weekly. Hakim Lau Bee Lan juga membenarkan gereja tersebut untuk membuat semakan untuk peristiharan penggunaan kalimah “ Allah ” dalam penerbitan mereka dan tuntutan bahawa kalimah Allah tidak eksklusif kapada agama Islam.

Bayangkan sejak kita lahir kita diajar menyebut dan mengenali Allah Taala dengan lebih dekat, tiba-tiba ada pula agama lain mahu menggunakan nama yang sama dengan Agama Islam. Tak ke janggal nama nya. Tidak ke pihak gereja katolik tahu yang Agama Islam adalah ugama rasmi Malaysia sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan. Tidak ke tuntutan mereka mengguris perasaan umat Islam di Malaysia. Mengapa umat Islam Malaysia berdiam diri apabila Islam dihina sedemikian rupa dengan mempermain-mainkan nama “ Allah “, Tuhan yang maha esa. Dimanakah anda pejuang-pejuang Islam tidak kira dari parti politik mana pun. Tidak kira apapun tuntutan mereka samada IFC ataupun pihak gereja katolik demi memastikan kedaulatan Islam itu utuh ditanah air kita, sama-sama lah kita bersatu menentang apa jua bentuk penindasan terhadap Agama Islam yang maha mulia ini.

tok pulai chondong said...

salam syeikh, khamis - jumaat lepas ana ada bermalam di qaryah ramddhan. Alhamdulillah, sungguh hebat program ini....

Satu perkara yg menyedihkan AJK mereka tidak ada adab dengan tetamu seperti saya, mereka ajk adalah dikalangan Ustaz-ustaz belaka.

Saya menyangka saya dapat bersahur bersama-sama dengan yang lain memandangkan terpampang dikain rentang 'sahu jamie'. tapi apabila tiba waktu sahur, saya keluar dari khemah bersam-sama pelajar tahfiz yg relay quran utk brsahur, malang sekali makanan disediakan utk pelajar tahfiz sahaja, sedangkan para musafir dan tetamu yg bermalam di sini langsung tak dilayan...walau kurma sebiji atau air seteguk. sudahlah tak dilayan, ajk mereka terrkunyah-kunyah makanan didalam bilik khas mereka.. sy lihat banyak kotak air mineral tetapi sy lihat ada isyarat ajk yg tak benarkan kotak mineral dibuka sngguh menyedihkan.

Alhamdulillah mujur ada insan mulia, seorang jaga di "medan" bagi sy murtabak dua biji kp saya..saya kongsikan mrtabak seramai lima org yg lain yg tak de rezeki utk brsahur tatkala ajk sedang seronok mengunyah...hampeh betul mpkb-bri

MOHD JAMIL said...

salam ustaz..
saya ada satu soalan..

Di kolej saya ada satu badan dakwah yg dipelori oleh pelajar itu sendiri.Tetepi ada sebilangan ahli ini sekitar 10 orang membuat usrah campur lelaki dan perempuan,ustaz sya pernah menegur mereka, tetapi mereka x trima teguran dan sekrang mereka tidak lagi bersama dengan badan dakwah ini dan meneruskan usrah campur mereka(menggunakan dalil Nabi Muhammad menyampaikan dakwah dengan berjumpa secara sulit di rumah Arqam bin Abi Arqam)..mereka mengatakan mereka menyertai jemaah/persatuan dibawah kepimpinan pas..1) soalan sya disini bolehkah dibuat usrah campur? ,dimana hampir setiap minggu usrah ini dijalankan..
2) mereka mengatakan jemaah2 lain seperti JIM,ISMA,HALUAN dan lain2 adalah salah kecuali PAS kerana alasannya jemaah ini tidak memperjuangkan islam secara syumul (menyeluruh).sya x mengatakan PAS itu salah @ atau betul tetapi mereka ini seperti terlalu taksub dengan jemaah..Ustaz tolong saya.